Wednesday, November 18, 2009

Syafiqah & academic Award


181120093903
Originally uploaded by The scholar page
Syafiqah berjaya mendapat Academic Award , telah mendapat Grade A bagi semua subjek di Year 8, Yeronga High School

Friday, November 13, 2009

syafiqah dan Masks Project

Saturday, November 7, 2009

Test mirror

test

Sunday, September 27, 2009

Ribut debu 23 September 2009




Friday, September 18, 2009

Syawal datang lagi...........tahun ke 3

"...today is the last iftar for this Ramadhan Kareem, we are now at the end of this month. Insya'Allah tonight we will perform the last Solatu Tarawikh..because it is a great possibility that the moon can be seen on tomorrow, and we will celebarate Eid Mubarak on Sunday....".

itulah ucapan Al Fadhil Imam Qudoos Az-Zahari sebelum Solat Tarawikh di Masjid Buranda pada 18 September,2009. Malam itu majlis iftar disumbangkan oleh Persatuan Pelajar Melayu Queensland (PPMQ), nasi lemak ayam berempah menjadi hidangan utama. "Malaysian students continue their tradition in this iftar for a long time", may Allah bless them ...", teringat kata-kata Imam Qudoos, sewaktu memaklumkan bahawa iftar disumbangkan oleh PPMQ

Memang Malaysian Student dan Masjid Buranda, bukanlah asing. Setiap tahun pelajar-pelajar Malaysia di bawah naungan PPMQ menganjurkan majlis iftar, bukan sahaja di Buranda bahkan di beberapa masjid sekitar Brisbane City. Masjid Buranda (Darul Uloom Islamic Centre of Buranda) hanya terletak kira-kira 6 km sahaja dari rumah menjadi tempat untuk bersolat Tarawikh setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan. Berbagai ragam dan cara bersolat dapat dilihat dari hampir seluruh dunia, dan berbagai mazhab.

Selepas majlis Khatam Al-Quran, Imam akan memberi peluang kepada para jamaah mengimamkan solat Tarawikh. "this is our tradition, to give everybody a chance to lead the Solat...Islam is beautiful, Islam is not like Christian..which is only the priest can lead the prayers..", ngomel Imam Qudoos mengajak jemaah sama-sama merebut peluang mengimamkan Solat.